Wednesday, September 5, 2007

PERTANDINGAN TEATER KOMSAS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR

TARIKH : 07 HINGGA 08.09.2007

TEMPAT : HOTEL GOODHOPE, SKUDAI

ANJURAN : BADAN PENCEGAH RASUAN JOHOR DAN JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

Thursday, August 23, 2007

Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Pra-U Peringkat Negeri Johor 2007

Tarikh : 24 hingga 25 Ogos 2007

Tempat : IOI Palm Villa Golf & Country Resort Bandar Putra, Kulai

Saturday, April 21, 2007

Aktif kokurikulum syarat masuk IPTA


KEMENTERIAN Pelajaran mengingatkan pelajar supaya tidak memandang remeh berhubung syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mengambil kira 10 peratus pencapaian kokurikulum berkuatkuasa tahun ini.

Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata berdasarkan permohonan ke IPTA yang sedang diproses, pihaknya mendapati ada sesetengah pelajar tidak mengisi borang dengan lengkap serta menyimpan dokumen sokongan bagi membuktikan pembabitan mereka dalam kegiatan kokurikulum.

Sehubungan itu, katanya, pegawai bahagian sekolah sudah mengumpulkan rekod tidak lengkap dari semua negeri dan menghantarnya semula ke sekolah untuk dikemaskini supaya ia tidak menjejaskan permohonan pelajar ke IPTA.

“Walaupun pelajar perlu mengutamakan prestasi akademik, tetapi pembabitan dalam kokurikulum yang menjadi syarat kemasukan ke IPTA perlu diambil kira kerana kerajaan kini memberi penekanan ke arah melahirkan insan yang holistik.

“Saya ingin mengingatkan pelajar supaya jangan bersikap sambil lewa kerana ia akan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Walaupun sekolah mempunyai buku rekod kokurikulum yang menyenaraikan pembabitan pelajar dalam pelbagai kegiatan serta jawatan disandang di sekolah, mereka perlu menyimpan dokumen berkaitan seperti sijil penyertaan supaya semakan dapat dilakukan dengan rekod sekolah,” katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), semalam.

Hadir sama, Pengerusi YPC, Senator Datuk Wira Syed Ali AlHabshee.

Seramai 49 pelajar sekolah angkat YPC serta tiga sekolah angkat YPC yang mencatat pencapaian cemerlang dalam SPM tahun lalu menerima hadiah insentif wang tunai dan sijil.

Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan dasar pengambilan pelajar dengan mengutamakan adunan mutu intelektual, mutu emosi dan mutu spiritual bagi sesi 2007/2007.

Noor Rezan berkata, pihak kementerian akan mengeluarkan surat peringatan kepada semua pengetua supaya menggalakkan pembabitan pelajar dalam kegiatan kokurikulum serta memastikan buku rekod kegiatan pelajar diisi dengan lengkap.

Mengulas prosedur pemarkahan 10 peratus itu, beliau berkata, pelajar diminta mengisi borang khas kegiatan kokurikulum dengan lampiran dokumen sokongan seperti sijil penyertaan untuk disemak dan ditandatangani ibu bapa sebelum dihantar semula ke sekolah.

Katanya, berdasarkan maklumat diberikan dalam borang itu, pihak sekolah akan membuat pemarkahan sewajarnya dan mengemukakannya kepada Bahagian Sekolah.

“Pihaknya akan menghantar maklumat pemarkahan secara dalam talian kepada IPTA terbabit menerusi Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk menilai permohonan kemasukan pelajar secara keseluruhan,” katanya.